Pengenalan Olahraga
(*This Blog is for MTE class Purposes ! )
Sukan olahraga yang kini dikenali sebagai acara
balapan dan padang merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan
daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga – terdapat banyak
acara baik untuk lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara
perseorangan ataupun berpasukan. Jika dalam sukan bola sepak, hanya satu
pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakan sukan terbesar dunia seperti
Sukan Olirnpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat sekurang-kurangnya
sebelas orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara mempertarunhkan
pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk
mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang
dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga.
Semua
acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seorang
atlit mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar
bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara mi.Kebanyakan atlet lebih
suka inengkhususkan penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di
peringkat antarabangsa.Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dan
semasa ke semasa dengan hanya rnengambil bahagian dalam satu atau dua acara.
Situs Togel Resmi
ReplyDeleteLive Draw Hk Malam Ini