Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906.
Pada tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang pertama di Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput dan Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya.
Pada tahun 1932, Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Walau bagaimanapun trek bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut.
Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empire’s Games di Cardiff, Great Britain pada tahun 1948. Empire’s Games ditukarkan menjadi Commonwealth Games atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957. Negara kita menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun 1956 di Melbourne, Australia. Kita juga mengambil bahagian dalam acara olahraga buat kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962.
Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di peringkatantarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991. Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguhantarabangsa bertanding.
Di peringkat sekolah, kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ditubuhkan.
Semenjak itu,kejohanan olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antarasemua negeri di Malaysia.
(*This Blog is for MTE purposes.)
Boleh saya tahu nama penulis blog ini
ReplyDeletePALAPABOLA
ReplyDeleteSitus Betting Online aman dan terpercaya:)
1 ID bisa bermain beragam permainan~
Bonus Deposit Harian Max Hingga 400K!
Jangan ragu bermain di PALAPABOLA karena kemenaganmu berapapun PASTI DIBAYAR!
TERIMA DEPOSIT VIA PULSA TELKOMSEL & XL/Dompet Digital Seperti
OVO GOPAY LINK AJA DANA,dll.
Info lebih lanjut Hubungi
Whatsapp : 0812-6852-4564
Instagram : Officialpalapabola