(*This Blog is for MTE class Purposes ! )
Sukan olahraga yang kini dikenali sebagai acara balapan dan padang merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga – terdapat banyak acara baik untuk lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan. Jika dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakan sukan terbesar dunia seperti Sukan Olirnpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat sekurang-kurangnya sebelas orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara mempertarunhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga.
Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seorang atlit mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara mi.Kebanyakan atlet lebih suka inengkhususkan penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat antarabangsa.Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dan semasa ke semasa dengan hanya rnengambil bahagian dalam satu atau dua acara.
KUBET promo GACOR 😍😍😍
ReplyDeletenew member dapatkan bonus deposit
UP T0 1.000.000 Klik di sini